Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan “Nescafe” yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan “Nescafe” di akhbar yang berbunyi “Nikmatnya tak terhingga“, maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan…..
Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi ” Standard Chartered Bank”. Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud “Besar, Teguh dan Peramah“, maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut….

Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan “MAS”. Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan “MAS” namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi,”Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu…“
credit to Fikri Adhiey
No comments:
Post a Comment