Monday, 29 October 2012

Jutawan Arab Yang Miskin :)




Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.
Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarika
t terbesar di Arab Saudi.

Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.

Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.

Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia.

Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.

Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya.
Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.

Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun lalu, bahawa bayaran ‘faedah’ adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.

Kisah Al-Rajhi berkisarkan tentang bagaimana seseorang itu meraih kekayaan dari bawah.

Beliau terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil sebelum menjadi kaya, dan kemudiannya meninggalkan segala harta yang ada setelah mengecapi kejayaan.

Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau telah mencecah lebih daripada 80 tahun.

Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak.

Beliau kini sedang memberikan tumpuan terhadap Yayasan SAAR, dengan berulang-alik di negara-negara Arab bagi menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan yayasan tersebut.

Beliau sering membawa diari kecil untuk mencatatkan aktiviti harian beliau dan sentiasa memastikan tidak akan terlepas dari satu aktiviti pun.

Al-Rajhi juga merupakan seorang yang amat berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.

Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah.

Daripada segi perladangan, beliau telah menjalankan banyak eksperimen ternakan secara organik di negara-negara Arab, termasuk perladangan udang Al-Laith. Beliau juga turut mengasaskan perniagaan hartanah dan juga beberapa lagi pelaburan.

Temubual:

Sheikh Suleiman, adakah anda kini telah menjadi miskin semula?
Ya. Kini apa yang saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. Sememangnya saya yang memilih untuk menjadi miskin.

Mengapa berbuat begitu?
Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih untuk memilih jalan ini. Antara sebab-sebab utamanya adalah saya perlu menjaga sahabat-sahabat Islam dan juga anak-anak saya. Ia adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. Saya juga tidak suka untuk membuang masa di mahkamah hanya kerana ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan jumlah harta yang diwariskan kepada mereka. Terdapat banyak contoh di mana anak-anak mula berpecah hanya kerana harta yang kemudiannya menghancurkan syarikat. Negara ini telah banyak kehilangan syarikat-syarikat besar kerana perbalahan harta yang boleh diselesaikan jika kita mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan. Selain daripada itu, setiap umat Islam perlu bersedekah sebagai bekalan pahala di akhirat kelak, Jadi, saya lebih suka jika anak-anak saya mencari kekayaan sendiri daripada bergantung dengan saya.

Adakah Sheikh mempunyai banyak masa terluang setelah membahagikan kesemua harta?
Seperti yang telah saya maklumkan tadi, saya masih lagi bekerja keras untuk mendapatkan lebih derma. Saya telah bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menjayakan projek ini. Secara kebiasaanya, umat Islam sering membahagikan satu per tiga ataupun suku daripada kekayaan mereka untuk bersedekah yang hanya akan diberikan setelah mereka meninggal dunia. Namun, bagi saya, saya mahu mula bersedekah ketika saya masih hidup. Jadi, saya telah membawa anak-anak saya ke Mekah pada hujung bulan Ramadhan dan memberitahu mereka idea saya. Mereka bersetuju terhadap idea tersebut. Saya telah meminta bantuan daripada agensi-agensi yang berkaitan untuk membahagikan kesemua harta saya termasuk saham dan juga hartanah kepada anak-anak dan juga untuk didermakan. Kesemua anak-anak saya berpuas hati terhadap inisiatif saya dan mereka kini sedang menguruskan segala harta yang saya berikan kepada mereka.

Berapa banyak harta yang dibahagikan kepada anak-anak dan juga untuk didermakan?

Beliau tergelak tanpa memberi sebarang jawapan.

Apakah perasaan Sheikh terhadap kesemua projek yang sedang dijalankan?

Saya ingin menegaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang saya ambil sebelum melakukan sebarang pelaburan. Eksperimen yang saya lakukan terhadap pertukaran wang adalah salah satu daripada sebab mengapa saya mengasaskan bank. Ketiadaan bank Islam juga menjadi antara sebab mengapa saya mula mengasaskan Bank Al-Rajhi, yang kini merupakan bank Islam terbesar di dunia. Saya mulakan eksperimen saya dengan membuka pejabat di Britain dimana kami mula memperkenalkan sistem perbankan Islam ke peringkat yang lebih besar. Eksperimen tersebut kemudiannya mula berkembang dan ia mula mendapat sokongan daripada ulama-ulama Saudi pada ketika itu. Saya masih ingat lagi bagaimana permohonan saya untuk mendapatkan lesen untuk membuka bank tidak diterima pada mulanya. Ini adalah kerana pihak British tidak memahami apa-apa pun tentang sistem perbankan Islam. Saya kemudiannya pergi ke London dan berjumpa dengan Pengurus Bank of England dan dua daripada pegawai kanan beliau. Saya memberitahu mereka bahawa penggunaan faedah adalah haram bagi Islam dan juga Kristian dan kebanyakan daripada mereka sanggup menyimpan wang mereka di dalam kotak di rumah daripada menyimpan di dalam bank. Saya cuba untuk meyakinkan mereka bahawa (jika mereka mula membuka bank Islam) ini mampu menaikkan taraf ekonomi dunia. Mereka akhirnya bersetuju untuk mula membuka bank-bank Islam. Saya kemudiannya mula mengembara ke serata dunia di bahagian Timur dan Barat, dan berjumpa dengan ketua-ketua bank negara di beberapa buah negara dan memberitahu mereka bagaimana ciri-ciri yang terdapat dalam dunia ekonomi Islam. Kami mula bekerja dan mencapai kejayaan di negara-negara Arab dan melaksanakan perbankan Islam di London, saya kemudiannya berjumpa dengan Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Abdullah bin Humaid, dan memberitahu mereka tentang rancangan saya bahawa : ‘Kita mampu, dengan izin Allah, memajukan perbankan Islam. Mereka memuji saya atas inisiatif yang saya jalankan. Dari situlah kami mula mengusahakan Bank Al-Rajhi seperti mana yang anda dapat lihat hari ini. Bagi projek Ladang Ternakan Al-Watania pula, saya mula mendapat inspirasi untuk menjalankan projek tersebut apabila melawat ladang ternakan di luar negara. Saya dapati bahawa cara mereka menyembelih adalah salah. Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk melabur dalam bidang ternakan atas nama Islam dan negara. Saya tetap menjalankan projek tersebut walaupun membuat pelaburan dalam industri ternakan adalah sesuatu yang agak berisiko pada masa tersebut. Kini, Al-Watania telah menjadi salah satu daripada projek mega di Saudi. Syarikat tersebut mendapat 40 peratus daripada saham di negara-negara Arab, dan ayam-ayam Al-Watania diberikan makanan yang cukup dan disembelih dengan cara yang halal menurut undang-undang syariah.

Walaupun dengan semua kekayaan yang dimiliki, mengapa syeikh tidak mempunyai satu pun kapal terbang sendiri?

Saya ada banyak kapal terbang, tetapi kesemuanya dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Saya memilikinya setiap kali saya membayar tiket penerbangan untuk ke satu-satu destinasi (gurauan). Saya sering terbang dengan kadar kelas ekonomi kerana Allah tidak memberikan kita harta untuk ditunjuk-tunjuk.

Bagaimana pula dengan hobi syeikh?

Saya tidak mempunyai sebarang hobi yang khusus. Bagaimanapun, saya suka mengembara di padang pasir. Saya tidak pernah mengambil pakej percutian di negara-negara lain selain dari Saudi.

Ketepatan masa Al-Rajhi

Wawancara ini telah menunjukkan bagaimana disiplin Al-Rajhi dalam menepati masa. “Pada awal karier saya dalam industri, saya mempunyai beberapa perjumpaan dengan beberapa syarikat besar di Eropah. Saya masih ingat lagi kisah dimana saya terlambat selama beberapa minit dalam satu perjumpaan dengan salah seorang pegawai besar sebuah syarikat. Walaupun hanya beberapa minit, beliau tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Selepas kejadian tersebut, setelah projek kami mula berkembang, pegawai yang sama pula lambat untuk berjumpa dengan saya, jadi, saya pula yang tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Saya sering membawa kertas untuk menulis segala perjumpaan dan urusan dan sentiasa memastikan agar saya sering menepati masa walau apa pun.”

Al-Rajhi berkata lagi: Saya amat menepati segala perkara yang diterapkan dalam Islam sepanjang hidup saya. Saya pernah mendapat undangan daripada kerajaan Arab untuk menghadiri satu persidangan yang berkaitan dengan pelaburan. Kemudiannya, dalam persidangan yang sama, saya dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis makan malam mereka, saya dapati bahawa antara aktiviti yang dijalankan ketika majlis tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Saya kemudiannya keluar dari majlis makan malam tersebut. Kemudian, Abdul Aziz Al-Ghorair dari UAE turut serta bersama saya. Tidak lama selepas itu, menteri yang bertanggungjawab terhadap persidangan tersebut datang kepada kami dan kami mula menerangkan kepada beliau bahawa aktiviti yang dijalankan di majlis tersebut adalah bertentangan dengan budaya Islam. Beliau kemudiannya berkata bahawa aktiviti-aktiviti di majlis tersebut akan dibatalkan. Apabila mereka membatalkan aktiviti tersebut, kami kembali menyertai majlis tersebut.

Penyelesaian Masalah

Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa. 
Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata: “Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi. Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.” Perkara yang sama terjadi di satu lagi projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut kerugian kira-kira SR10 juta Pound Mesir. Apabila pegawai projek tersebut menghubungi Al-Rajhi untuk memberitahu perkara tersebut, beliau terkejut apabila Al-Rajhi menjawab dengan menyebut: “Alhamdulillah.







Sumber: Mynewshub

Saturday, 27 October 2012

Tulang Belakang :)




BERSIHKAN HABUK DULU!! da bersawang wei blog ni...





Perhatian: entry ini mengambil masa 11 hari untuk disiapkan!

Ayue,ila,azie,aku.

Alhamdulillah...syukur ke hadrat illahi atas limpah kurnianye..kita dapat bersama-sama menjayakan semua assignment semester gila ni... da macam khutbah jumaat..
nk cakap ape ye..err..tanpa 3 gadis cantik ni...aku mmg tak mampu nak tahan godaan dugaan semester ni...gila kau!assignment bapak bersepah wei!
thanx sangat2 sebab korg byk bersabar dengan aku yang agak cerewet dalam bab kualiti...haha...cam cik ezan gitu nokkkk..
da2...korg,aku da evaluate korg dari awal semester sampai hari terakhir kita lepak kt rohaya...nah!baca sorg2 punya evaluation...haha..sori la ye kawan2 yg lain...serius aku xcukup masa nak masukkan semua sekali dalam blog ni...aku da start busy...minta maaf.. :)


Ayue: 

Ni setiausaha aku...kalau ada pape yg nk kena print..org pertama yang aku contact konfem dia...haha...sbb aku malas nak Mampus...dia ni rajin gila tahap level world class (pes,2013)...sometimes,benda yang aku x tahu pape pun dia da siapkan...baru nak offer diri buat..hehe...biasanya,kalau aku ajak dorg buat diskassyen ke,lepak ke...org pertama aku contact dia la...betul2 aku pnya setiausaha ni...yang lain tu kuli jek...haha..jgn marah...gurau2..nanti Cepat tua..

Pesanan: 

wei ayue,sori la ye kalau ada terbuat ko kecik ati...yelahkn..aku kn slalu bahan ko dgn ehem2 n ehem2 tu...walaupun ko suka...hahaha...jangan ada terkecil hati ngan aku ea...thanx sbb byk gler printkn aku assignment..slip exam...dan lain2 juga..jgn risau,brg yang ko kasik tu aku da simpan kat dalam almari yang paling jarang aku bukak...haha..da jd arkib da almari tu..so,nasihat aku,jgn merendah diri sangat ayue,walaupun ko rendah...jgn nk bajet2 hello kitty sgt...mati wei anak org kalau ko cakap cmtu...hahahaha...sempat lagi aku membahan kn...hadiah yg aku kasik tu..jaga baik2..karat siap ko! tu tanda terima kasih aku kt ko sbb ko brani pick aku sbgai group members ko n sbb ko seorang yang tabah..aku kenal ko,ko ni jenis selamber jek kalau ade pape...kalau bab bercinta,ko mmg legend..haha..lg 1 hadiah tu ko dpt sbb byk giler bekap aku dalam keje...smpai org duk tanya aku,assignment da siap ea?haha...anyway,goodluck degree nanti...kalau dpt tempat sama..course sama..boleh la 1 group lg ea...Insyallah..doakan aku xdpt ke kelantan or kedah...ok,semoga berbahagia dengan fikri jejaka idaman ko...haha..amin semua!amin~ (tolong!please!wahai ayue!kurangkan bermekap!)

Ila:

Nenek budak ni mmg kelakar giler....hepi wei kawan ngan ko!kalau time lepak..dia la yang paling kuat gelak...time present,mmg org semua gelak habis pasal ko...sbb ko kalau menyampaikan sesuatu tu,mmg real...siap ada gaya...tu penting kalau nk jd cikgu...haha...

Pesanan: 

kak nab (sebab dia lagi tua), minta maaf byk2 kalau aku ada tergurau kasar ngan ko...aku sedar akan kesalahanku ini...sobs3...thanx sbb ko la yang paling berani tegur aku kalau aku ada terlanjur ape2,mcm kes aku ngan azie's dulu...haha..ila,jgn la ko ni merasa rendah diri sangat...walaupun ko slalu ckp diri ko xcantik...jgn risau...ada gk org yg akan cakap ko cantek suatu hari nanti..mana tahu?masa depan nanti ko da boleh kalahkan neelofa?(ketika ayat ini dikarang,penulis dikatakan jatuh pengsan) lg 1,thanx sebab bg hadiah tu kt aku...jgn risau,kiut giler benda tu...haha...aku simpan dalam wallet...then,hadiah yg aku kasik tu,aku harap ko simpan sebelah gambar pakwe ko (rahsia2 akhirnya aku dapat tahu jgk)haha...aku doakan ko dapat la UPSI tu...sbb itu impian ko kn...nk jd cikgu...goodluck!! thanx untuk segalanya Nur Nabila Binti Sidek!

Azie:

jiran mona fendi yang aku kenal since part 1 lg..gara2 main kawen2...bangang apa prangai aku masa part 1...haha...dia ni nampak jek macam selamber...tapi sebenarnye agak sensitif antara 3 orang ni....sampai aku kena troll ngan dia kt fb...gurau kasar...tp aku trima...haha...sbb terang,jelas dan nyata mmg salah aku kn...dia ni pendengar yang baik..macam2 nasihat dia bagi kt aku kalau bab bercinta ni...

Pesanan:

Azie, minta maaf mula2 skali time aku bahan pelat ko tu...sori sgt2 beb..aku xtw ko sensitif tentang bnda tu..ini pun ila yg bgtw aku...maaf sgt2...xpe,aku maafkan ko troll aku kt status ko tu...aku trima..sok lusa ari aku pula ye...haha...hadiah yg aku kasik tu sbb ko jadi org tengah aku dgn dia...tanpa ko,aku xde haluan dalam hidup ni...haha...tolong la cuti 5 bulan ni,ko gi belajar memasak..kang mati pakwe ko tu xmkn pape bila kawen ngan ko nanti...haha...thanx SGT2 LA SGT hadiah pelik yg ko kasik aku tu,untuk pengetahuan ko...5 ekor hamster aku da mati sbb ternampak benda tu...haha..lg 1,benda tu aritu aku jadikan penyelak pintu sbb aku kluar lepak bapak lama sampai balik sesaat sebelum azan subuh berkumandang..lupa bawak kunci...ape yg ada dalam wallet tu,aku sebat jek la nk bukak pintu punya pasal...haha...sori beb! goodluck degree...n aku doakan ko da pandai masak n dapat masuk UPSI tu ea...amin~

da2...korg jgn nk ngada2 nak nangis lagi...haha

pesanan untuk korg bertiga: thanx...terima kasih...minta maaf...minta halal...goodluck degree nanti... #JanjiDitepati aku doakan korg semua berjaya dalam hidup masing2...kawen jgn lupa jemput aku...aku nak jd mak andam korg...susah senang bersama..hepi wei dapat lepak,sembang2,gosip2 ngan korg...



ni gambar2 kenangan kita semua!harap korg semua igt la antara 1 sama lain...ok?


ENT!


ARKIB UITM SHAH ALAM!


DINNER IMS! (pss..tumpang tanya..baper lori mekap yang da langgar korg?)


MAJLIS PERPISAHAN JIM1105C..kali terakhir dapat bergambar berempat..

JIM1105C:
terima kasih untuk semua sekali...minta maaf kalau aku ada buat salah ngan korg..thanx sbb kita dapat bersama sampai 5 semester...dapat survived dalam kelas yang x femes ni...haha...goodluck result n degree nanti ea...






























Special: 
untuk kamu..thanx sbb dapat berkenalan ngan ko...since part 1 time bulan puasa...sampai la skang ni..aku still igt lagi...melekat kt otak belah kiri..apa yang kita pernah buat aku boleh igt...part 1 kita kenal dari fb dlu,komen2 sampai beratus wei....part 2 skype tanpa video ngan aku...part 3 kluar makan ngan ko...part 4 start texting n nk kenal ko dengan lebih rapat...part 5 bufday ko...aku igt 1 persatu apa yang aku buat untuk ko...bukan nak mengungkit...tapi aku nak jadikan benda ni sebagai kenangan yang aku pernah kenal ko...pernah rapat ngan ko walaupun x lama...sori sebab aku terlalu lambat nak bgtw ko ape yang aku rasa...sbb aku x redi lagi...lgpun,ko da ade org lain kn?jge la dia elok2...jgn sampai jadi cm aku...jgn risau...aku ok jek...trima segalanya..aku harap ko hepi,bahagia ngan dia...aku ko xyh risau,aku tahu jaga diri aku... :) thanx sbb sudi berkawan dengan aku...mintak maaf...mintak halal...sepanjang aku kenal ko...sembang ngan ko..ko ade terasa hati ngan aku or terasa ngan tweet2 aku...jgn risau,aku x penah kutuk ko pun dlm twitter tu...kebanyakannya aku pendam..sori sbb aku pendam perasaan aku ni lama sgt sampai 5 sem sbb aku xnk aku punya study terganggu...ko pun pernah tunggu org kn?ko penah citer ngan aku...aku igt lg..ye,aku tahu aku lambat..aku sedar silap aku tu...

minta maaf...terima kasih...untuk semua sekali... :)















assalammualaikum   :)

































Sunday, 27 May 2012

Tempat Paling Seram Yang Aku Pernah Pergi...(18SG)

assalammualaikum...
topik yg agak seram walaupun siang2 buta...kekeh...
dulu time aku duduk kt KL..kt cheras dulu...biasanya,kalau aku sakit ke..semput ke..mak aku bwk aku gi hospital lady templer...da tuka nme jd poliklinik cheras...spe2 yg tinggal cheras dulu...mesti tahu tempat ni..terperosok di tgh2 hutan dan berbukit kt bandar..tetibe jek ada sebiji hospital...
seram woo kalau tgk sekeliling klinik ni....aku siang2 dtg pun perut mahu kecut tgk...


tgk la gambar kt atas..ada rasa seram x..ni kalau lepak tgk bola pun mahu x jahanam jalan aku lari pecut kt situ..kekekeh...





tp la kn...kalau xsilap aku yg hospital ni penah masuk kt dlm citer nasib do re mi..kn ada mse dia msuk hospital sbb kena rembat ngan geng2 jahat tu...ni la kot hospital dia...kalau aku salah..tolong betulkan ea...
mcm2 aku dgr psl hospital ni...
yg bestnya...time dia da jd klinik...ianya cuma dibuka pada waktu siang saja...kul 6 da tutup...mlm yg ada lepak kt situ cuma hantu dgn pak guard jek...
lgpun..service yg dia tawarkan cume pesakit luar jek..da nme pun klinik...dia cume bukak bangunan yg blakang skali jek...bangunan lain xbukak...mase aku kecik dulu...aku sje2 msuk sampai ada wad...oh seram dia jgn citer la...time kecik..mne tahu pape kn...alhamdulillah...sepanjang aku pegi klinik ni...xpenah kena kacau pape lg la...tp kesian tempat ni terbiar gitu jek mse tu...

dgr citer skang da dirobohkan untuk buat bangunan lain...alhamdulillah aku dpt pegi tempat ni sblom dia nk jahanamkan...kira beruntung la jgk ea...


sekian sje dari tempat paling seram yg aku penah pegi..tempat korg cmne?citer la sikit kt komen bwh ni...thanx...

Saturday, 26 May 2012

Istilah Kepenjaraan di Malaysia

assalammualaikum...
aku tertarik nk baca benda ni...
baru aku tahu ada perbezaan antara hukuman penjara seumur hidup dgn penjara sepanjang hayat...
ape2 pun...jom la layan benda ni dulu...selamat membaca la woi pe ye pun...

1. PENJARA- Untuk menahan banduan yang belum dan yang telah dijatuhi hukuman penjara.


2. SEKOLAH HENRY GURNEY (SHG)Untuk menahan penghuni berusia antara 14 hingga bawah 21 tahun yang ditahan di bawah Perintah Mahkamah Juvana.

3.TEMPAT TAHANAN PERLINDUNGAN (TTP)- Untuk menahan orang tahanan yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

4. PUSAT PEMULIHAN AKHLAK (PPA)- Untuk menahan orang tahanan yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam Dan Mencegah Jenayah) 1969 dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

5. BANDUAN REMAN-  Terdiri daripada orang yang ditahan di penjara sementara menunggu untuk dibicarakan.


TAHANAN MAHKAMAH RENDAH (TMR)
Mereka yang ditahan sementara atas Perintah Mahkamah Rendah.
TAHANAN MAHKAMAH SESYEN (TMS)
Mereka yang ditahan sementara atas Perintah Mahkamah Sesyen.
TAHANAN MAHKAMAH TINGGI (TMT)
Mereka yang ditahan sementara atas Perintah Mahkamah Tinggi.

6. BANDUAN JATUH HUKUM- Terdiri daripada banduan yang telah disabitkan kesalahan oleh pihak mahkamah.

Hukuman lama
Ertinya seseorang banduan yang dihukum penjara bagi suatu tempoh atau yang melebihi enam bulan atau bagi tempoh berturut-turut yang jumlahnya ialah atau melebihi enam bulan.
Hukuman Singkat
Ertinya seseorang banduan yang dihukum penjara bagi suatu tempoh kurang daripada enam bulan atau bagi tempoh berturut-turut yang jumlahnya kurang daripada enam bulan.
Banduan Pertama Kali
Ertinya seseorang banduan yang pertama kali disabitkan dan dimasukkan ke dalam penjara.
Banduan Berulang Kali
Terdiri daripada banduan sabitan yang telah berulangkali masuk penjara
Banduan Muda
Terdiri daripada banduan yang berumur kurang daripada 21 tahun yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah
Banduan Dadah
Terdiri daripada banduan yang telah disabitkan kesalahan kerana terlibat dengan kes-kes dadah oleh pihak mahkamah.

7. BUDAK NAKAL (JUVANA)- Terdiri daripada mereka yang berumur antara 14 hingga 18 tahun yang telah disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Juvana dan mereka ini ditempatkan di Sekolah Henry Gurney.

8. ORANG TAHANAN (OT)- Terdiri daripada mereka yang ditahan di bawah perintah Tahanan oleh pihak berkuasa (Menteri Dalam Negeri):

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.
Mereka ini ditahan di Tempat Tahanan Perlindungan.
Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969.
Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969.
Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.
Mereka ini ditempatkan di Pusat Pemulihan Akhlak.

9. BANDUAN DAGANG (BD)- Adalah warganegara asing yang ditahan di penjara sementara menunggu pengusiran pulang ke negara asal mereka. Mereka terdiri daripada banduan yang telah tamat menjalani hukuman penjara dan juga mereka yang ditahan terus di penjara di bawah Akta Imigresen.

10. BANDUAN AKHIR (BA)- Banduan yang dikelaskan sebagai banduan risiko tinggi dan terdiri daripada mereka yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah.

11. HUKUMAN SEUMUR HAYAT- Banduan yang menjalani hukuman sepanjang hayat mereka dan tiada tarikh bebas

12. HUKUMAN SEUMUR HIDUP- Banduan yang dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun

13. TAHANAN LIMPAH SULTAN/GABENOR/YANG DI-PERTUAN AGONG

Banduan yang boleh dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah tetapi tidak dijatuhkan hukuman mati atas sebab banduan tersebut masih di bawah umur (juvana) atau ditakrifkan oleh pihak perubatan sebagai orang yang tidak siuman. Mereka ini tidak mempunyai tarikh bebas dan pembebasannya hanya melalui pengampunan oleh Sultan/Gabenor/Yang di-Pertuan Agong termasuk banduan gila yang ditahan di rumah sakit jiwa atas limpah Sultan/Gabenor/Yang di-Pertuan Agong.








mati2 aku pikir penjara seumur hidup tu penjara sampai mampus...rupa2nye bkn....

Sumber: Jabatan Penjara Malaysia





10A di sekolah belum tentu 4.00 di universiti

assalammualaikum...
nk bincang sgt2 post ni...tp x reti nk starting...xpe2...try satu2...nanti ade la idea..
kenapa aku cakap 10A di sekolah belum tentu 4.00 di universiti?
kita kena igt..yang cara pembelajaran di sekolah teramat berbeza dgn u..
kt u,korg kena blajar sendiri2..sedangkan masa skolah dulu kita kena suap mcm2 dgn cikgu...cikgu paksa kita belajar...kt u...xde spe pun nk halang ko nk blajar atau x..janji bila result kuar...ko dpt result yg bagus2...
setiap kursus yg kita mintak tu..sebenarnya mempunyai pelbagai keupayaan yg korg ada...
cm contoh..course yg aku amek adalah diploma pengurusan maklumat..atau dlm bahasa inggeris kita pnggil diploma in information management...
dlm course ni...sape2 yg rasa mmg kencang dalam menghafal dan mengingat atau sng cerita suke membaca...mmg sesuai dgn course ni...sbb kt sni mmg otak ko menghafal jek la...jd..kalau x pegi kelas pun xpe..janji kt bilik ko study semula...bg cpt paham...tp jgn slalu sgt xdtg kelas...kang kena barred sendiri tanggung...jgn nk petik kt blog ni plak k..
cm aku,aku ni xtw la nk ckp otak ape...maybe otak jenis xsuke membaca...menghafal...dan sama waktu dgnnya kot..tp seriously..aku kalau menghafal..benda yg aku hafal cume bertahan dlm 3 jam jek...pastu da lupa semua...
bg bdk2 yg mse spm dulu subjek sejarah...english..geo..dan yg lain2 yg kena hafal...aku cadangkan ko amek la course ni...insyallah kalau rajin dan ada rezeki...korg akan dpt pangkat kelas 1 bila da grad nti...
so,sebenarnya...setiap course yg kita amek ni...ada method yg mmg dlm kepala otak ko kena ada...contoh..diim=mengahafal..dqs/dcs=mengira..dbs/acc=kira2 dlm akaun..
so..kalau jenis yg 4.00 dlm diim...belum tentu 4.00 kalau amek course dqs...sbb cara belajar berlainan...
serupa jgk dgn bdk dqs yg 4.00..belum tentu 4.00 dlm diim..
kt u ni...kalau da rasa diri kita xpandai..kena la belajar rajin skit...cm aku...bkn otak menghafal...tp alhamdulillah mase final aritu aku xtdo mlm nk menghafal jek...kira aku dpt jwb 80% soalan mse final aritu...disebabkan aku punya carry mark cm ape ntah...aku pnya gred terus jatuh..aku xkisah sgt..sbb carry mark jek aku nk kena perbaiki lg...final nmpak da ok...so..sem dpn nampaknya kena kerja keras sikit untuk dptkan carry mark..kalau da dpt dalam 30/40..mmg aku rsa bersyukur sgt...


dkt u..sebenarnya kalau nk pandai..korg kena rajin lebih skit dari zaman sekolah...lecturer jarang ksik note2 diorg..kalau ada pun...kira korg untung la dpt lecturer cmtu...
ada senior aku dulu...dia time skolah dekat mrsm..dia spm dpt 5 A..yg aku tahu dia punya A semua subjek2 yg susah..cm sains tulen..add math..math modern..then dia dpt masuk matrik...
kt matrik..dia kena buang..sbb ponter rendah..aku tanya la dia cmne dpt pointer rendah..dia kata sbb dia mls nk study..then asyik main dota jek kt bilik...
pastu dia dpt masuk uitm..amek diploma computer science..course ni..mmg byk gler pakai math ngan addmath cm skolah dulu...disebabkan dia punya malas tahap dewa time nk study...akhirnya beliau tersingkir dlm uitm ni...bayangkan..besok paper dia..mlm tu boleh plak dia melantak main dota...aku da ckp kt dia byk kali..ape boleh buat..da dia xnk dgr...aku mls la nk bebel lebih..pada keesokan harinya..dia tertido sampai lupa nk gi paper dia...muka selamber jek...dia kata nanti la buat mc kt penawar...bila da msuk sem dpn..aku tanya la senior aku yg lain psl dia..rupanya da dismiss...xtw la nk ckp ape..da dia degil...



kalau korg pandai bahagi2 masa kt u...insyallah korg boleh berjaya...time main..main jgk..time study..study la btul2..jgn la main jek sepanjang masa...bila time nk blajar..bila time nk rehat...itu belum lg dgn aktiviti kolej yg berlambak nanti...lg la xde mase nk setel assignment...



akhir sekali...dlm nk pilih course nanti..siasat betul2 course yg korg amek tu...cara belajar dia cmne...itu ini...sbb nnti xde la menyesal di kemudian hari..pilih course yg korg rasa boleh bwk...bkn yg ko minat..kdg2..course yg kita minat..belum tentu kita boleh bwk...apepun...gdluck la pada sesape yg dpt sambung belajar..

kesimpulannya...x semua org terkena cm aku ckp...ada yg lemah menghafal..tp disebabkan dia rajin...boleh jek score dlm course tu...
assalammualaikum...

Monday, 14 May 2012

Punca kegagalan M.utd untuk perebutan EPL?

assalammualaikum pembuka bicara...
woot2...jgn nangis2 fans lembu semua...haha
semalam da tgk cmne perlawanan paling dramatik dlm sejarah epl...
edin dzeko ngan aguero score injury time..semua dlm masa 2 minit saja...
ramai peminat lembu xcaya...percayalah!kalau xcaya,gi tgk balik game tu kt astro...haha
m.utd pada mulanya digeruni cuak babi oleh semua team epl sbb kencang sgt titik arsenal smpai 8-2..
yg pompuan,xkenal m.utd pun tetibe minat...bangang semua tu...haha..
cmne m.utd boleh kalah dlm perebutan tu?padahal masa city da kalah dgn arsenal..mancini da putus asa...
maybe ni la punca2 m.utd gagal kali ni..

1. kekalahan m.utd ditangan city sekali lg dlm perlawanan liga...padahal time tu m.utd da leading 3 point..sejak tu,mata terus sama sampai city juara...

2. m.utd seri dgn everton...pelik,cmne m.utd da sdp leading 4-2..tetibe dlm masa 2-3 minit..everton kejar balik sampai 4-4...defend sengal disitu...

3. masalah pemain yg byk injured...

4. masalah bahagian serangan yg xberapa nk tajam...pakai nani,mmg dia main sorg la...nk jd ronaldo konon...puih!

5.kebijaksanaan mancini dlm menyusun pertahanan...ramai yg xtw..sebenarnya kalau coach2 itali ni...biasanya dia mmg pakai strategi defend yg kebal...tgk matteo...betapa kebal benteng chelsea masa lawan barca...

6. mental pemain m.utd yg terlalu yakin...

7. pembelian mancini yg tidak sia2..cm aguero dgn nasri...mmg dua2 tu hebat...

itu sahaja dari saya...mintak maaf terkasar bahasa...adat la mng kalah...bye2...

Friday, 27 April 2012

result.

assalammualaikum...
terjawab la arini akhirnya result diploma uitm...
sesapa yg berjaya tu..congrats dan teruskan usaha...
sesapa yg xmemuaskan...terus pandang hadapan...
aku xnmpak lg ape mse dpn aku...just waiting and get ready...
next semester would be tough...



#StudySmart