Friday 23 December 2011

Legoland Di Nusajaya

Assalammualaikum....
tahniah johor diatas pembinaan taman tema legoland yang pertama di asia.....
sekarang ni masih dlm pembinaan....terletak di Nusajaya....
jom tgk profile dia...
thanx a lot to PBJ....diatas gambar yang akan dipamerkan...




Malaysia akan menambah lagi satu tarikan kepada pelancong iaitu Taman Tema LegoLand Malaysia bertempat di Nusajaya, Iskandar Malaysia, Johor. Berikut adalah fakta menarik tentang taman tema Legoland, Malaysia tersebut; -Taman tema tersebut akan diberi nama Legoland Malaysia -Akan menjadi taman tema berkonsep Lego yang pertama di Asia dan taman tema antarabangsa pertama di Malaysia -Lokasi di Nusajaya, Iskandar Malaysia, Johor, Malaysia -Dimiliki dan dibangunkan oleh Merlin Entertainments -Akan dibuka pada penghujung 2012 dan beroperasi sepanjang tahun -Meliputi kawasan seluas 70 ekar (280,000 meter persegi) -Terdapat 40 permainan interaktif, persembahan and tarikan termasuk Main Theme Park, 4D Theater, Kids Driving School, Legoland Hotel, Lifestyle Mall dan macam-macam lagi. -Ia akan menjadi pusat tumpuan kepada kompleks bersepadu seluas 5,500,000 kaki persegi (510,000 meter persegi) di kawasan Industri Nusa Cemerlang, antara rantau ekonomi Iskandar Malaysia, yang terdiri daripada pusat gaya hidup runcit, pejabat, hotel, pangsapuri, perkhidmatan dan unit-unit kediaman. -Legoland Malaysia mensasarkan 1.5 juta pelawat semasa pembukaannya nanti. 

Harga tiket Legoland Malaysia: RM140 (US$44) seorang dewasa dan RM110 (US$35) seorang kanak-kanak (diskaun RM30 untuk pemegang Mykad) atau, Pas masuk tahunan: -Pas masuk Pra-pembukaan (sah untuk 12 bulan) Dewasa: RM195 Kanak-kanak (3-11 tahun): RM150 Pas masuk tahunan biasa (sah untuk 12 bulan) Dewasa: RM275 Kanak-kanak (3-11 tahun): RM210

































































































1 comment: