Friday 23 December 2011

Legoland Di Nusajaya

Assalammualaikum....
tahniah johor diatas pembinaan taman tema legoland yang pertama di asia.....
sekarang ni masih dlm pembinaan....terletak di Nusajaya....
jom tgk profile dia...
thanx a lot to PBJ....diatas gambar yang akan dipamerkan...




Malaysia akan menambah lagi satu tarikan kepada pelancong iaitu Taman Tema LegoLand Malaysia bertempat di Nusajaya, Iskandar Malaysia, Johor. Berikut adalah fakta menarik tentang taman tema Legoland, Malaysia tersebut; -Taman tema tersebut akan diberi nama Legoland Malaysia -Akan menjadi taman tema berkonsep Lego yang pertama di Asia dan taman tema antarabangsa pertama di Malaysia -Lokasi di Nusajaya, Iskandar Malaysia, Johor, Malaysia -Dimiliki dan dibangunkan oleh Merlin Entertainments -Akan dibuka pada penghujung 2012 dan beroperasi sepanjang tahun -Meliputi kawasan seluas 70 ekar (280,000 meter persegi) -Terdapat 40 permainan interaktif, persembahan and tarikan termasuk Main Theme Park, 4D Theater, Kids Driving School, Legoland Hotel, Lifestyle Mall dan macam-macam lagi. -Ia akan menjadi pusat tumpuan kepada kompleks bersepadu seluas 5,500,000 kaki persegi (510,000 meter persegi) di kawasan Industri Nusa Cemerlang, antara rantau ekonomi Iskandar Malaysia, yang terdiri daripada pusat gaya hidup runcit, pejabat, hotel, pangsapuri, perkhidmatan dan unit-unit kediaman. -Legoland Malaysia mensasarkan 1.5 juta pelawat semasa pembukaannya nanti. 

Harga tiket Legoland Malaysia: RM140 (US$44) seorang dewasa dan RM110 (US$35) seorang kanak-kanak (diskaun RM30 untuk pemegang Mykad) atau, Pas masuk tahunan: -Pas masuk Pra-pembukaan (sah untuk 12 bulan) Dewasa: RM195 Kanak-kanak (3-11 tahun): RM150 Pas masuk tahunan biasa (sah untuk 12 bulan) Dewasa: RM275 Kanak-kanak (3-11 tahun): RM210

































































































Andrey Arshavin??Sape tu??



One of the my favourite player...let see who is Andrey Arshavin......


FULL NAME: Andrey Sergeyevich Arshavin

NATIONALITY: Russian

BORN: May 29 1981. Saint Petersburg, Russia

AGE: 27

HEIGHT / WEIGHT: 172cm / 62kg

PREVIOUS CLUBS: Zenit St Petersburg (2000– January 2009) 232 appearances (51 goals)

CLUB HONOURS: 2003 Russian Premier League Cup
2007 Russian Premier League
2008 Russian Super Cup
2008 UEFA Cup
2008 UEFA Super Cup

TRANSFER DETAILS: Long-term contract for an undisclosed fee

POSITION: Midfielder

INTERNATIONAL CAREER: Russia (2002 - Present) 41 appearances (15 goals)

INTERNATIONAL DEBUT: May 17 2002 v Belarus (International friendly, in Moscow, Russia) 1-1, Belarus won 5-4 on pens.

FIRST INTERNATIONAL GOAL: February 13 2003 v Romania (International friendly, in Limassol, Cyprus) Scored third goal in 4-2 Russia victory.

ADDITIONAL INFORMATION:

* Voted Russian Footballer of the Year in 2006
* Started all 30 matches in Zenit's Russian Premier League campaign in 2007, the first time Zenit had won a league title since 1984
* Played a key part in Zenit's 2008 UEFA Cup winning campaign
* Came on as a half-time substitute in the 2008 UEFA Super Cup victory over Manchester United in Monaco, in August 2008. Zenit won 2-1
* Three impressive performances earned him a place in the 'EURO 2008 Team of the Tournament'
* Graduated from the Smena football school. In 1999 – 2000, he played for Zenit's 'farm club', Zenit-2 in the Russian Second Division
* Made his full Zenit debut in England, against Bradford City in the Intertoto Cup at Valley Parade in August 2000. Zenit won the match 3-0
* Is comfortable in many positions. He started his career as a right midfielder, then as an attacking midfielder and more recently has been playing in the 'second striker's' role.














aku minat dia ni sejak game russia vs belanda time euro 2008...game suku akhir....time ni dia dapat 1 gol dan 1 assist sekaligus menjadikan beliau sebagai pemain terbaik...pada game tersebut...1 stadium bersorak nama dia....


x lama selepas itu,beliau dibeli oleh Arsenal yang mana aku merupakan salah seorang die hard fan.....
Antara game beliau yang terbaik adalah dimana beliau menjaringkan 4 gol ketika menentang musuh ketat,Liver'fool' yang berakhir dengan jaringan 4-4...kemon la liver'fool',Arsenal hantar sorg player jek la...haha...


bagi 2 musim yang lalu...tempat beliau sering diganti oleh pemain2 baru yang cepat menyesuaikan diri disana....
malang buat Arshavin...beliau masih lagi gagal mencari keselesaan bermain disana...ini kerana cara permainan EPL yang sentiasa berlari membuatkan beliau cepat penat atau kata lain dalam bahasa pasar 'pancit'....
cara permainan beliau yang selamber dan hanya berlari ketika dapat bola sahaja menyebabkan beliau sering memenuhkan bangku simpanan...


pada pendapat aku...Arshavin ni sekarang sesuai bermain pada liga selain EPL seperti liga itali atau liga sepanyol....permainan disana agak slow kerana lebih fokus ke arah control ball dan passing....


ku mengharapkan Arshavin akan berjaya 1 hari nanti...jgn tenggelam walaupun ko pendek shavin (name manja aku dgn dia)...haha...

Tuesday 20 December 2011

Kisah 3 anak dara

Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak…….Maka sedih bercampur gembira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan


Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut.

Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan “Nescafe” yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan “Nescafe” di akhbar yang berbunyi “Nikmatnya tak terhingga“, maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan…..
Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi ” Standard Chartered Bank”. Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud “Besar, Teguh dan Peramah“, maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut….

Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan “MAS”. Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan “MAS” namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi,”Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu…“





credit to Fikri Adhiey

Thursday 15 December 2011

Photoshop CS5 Tutorial (BACKGROUND HITAM PUTIH)

assalammualaikum...
kali ni aku nk tunjuk cmne nk buat gambar cmni...


first2...pilih la gambar yg korg nk....
ape yg penting...korg kena paham guna quick selection tool...
korg potong ikut belah mane yg korg nk...
quick selection tool ada kat belah kiri no. 4....
then, korg right click kt ape yg korg select td...dan pilih deselect...

pilih image-adjustment-levels...yg ni kasik colour dia mantap....

untuk cantikkan colour...korg pilih image kat atas...dan click brightness and contrast...
pastikan korg kasik gelap skit terang gambar ni...dan naikkan lagi contrast...
korg juga boleh pilih mode levels...lebih kurang jek dgn brightness and contrast ni...

 then,korg right click semula dekat yg korg select td..dan tekan reselect....lepas tu,kt tempat yg sme...korg click select inverse....

 pastu,korg gi kt image,pilih vibrance...

pastu,pastikan vibrance korg kt 100+,saturation -100
korg akan dpt gambar hitam putih kat background....


kalau nk lg kemas...korg pilih brightness and contrast td...dan pandai2 la adjust nak kasik lawa....
hasilnya seperti dibawah...


SELAMAT MENCUBA!!!
*right click + ctrl untuk gamba lebih jelas...

Wednesday 14 December 2011

Aku dan adobe 2

Assalammualaikum...
kabare semua??haha...
alhamdulillah sem ni dpt lg assignment menggunakan adobe photoshop....
kali ni kena la advance sikit....
assignment dia suruh buat ape2 sje menggunakan adobe photoshop cam banner,poster,cover magazine dgn saiz A4...dgn syarat..meletakkan juga muka sendiri...
dgn idea yg terlalu byk...aku cube buat...6 jam straight jek lyan benda ni...dgn bantuan member2 memberi komen....aku berjaya gk siapkan...nk tgk hasilnye?usha2 la kt bwh ni...:)


gamba ni sebagai background...






pinjam toretto kejap....







katana melambangkan keganasan....







background jgk...







background lg...







gambar ni aku amek badan jek..kepala aku punya...kasik super impose....







in the making!







DA SIAP!!!!








alhamdulillah...moga2 aku dpt A+ tuk subjek ni...amin....

Wednesday 7 December 2011

rahsia tarikh lahir anda...

Assalammualaikum....
sori jarang update sbb da start kelas....
aku jumpa benda ni kt fb...
pada aku 70% tepat jek...
pape pun,jom layan...






tgk date bfday msing2

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6