Saturday, 26 May 2012

Istilah Kepenjaraan di Malaysia

assalammualaikum...
aku tertarik nk baca benda ni...
baru aku tahu ada perbezaan antara hukuman penjara seumur hidup dgn penjara sepanjang hayat...
ape2 pun...jom la layan benda ni dulu...selamat membaca la woi pe ye pun...

1. PENJARA- Untuk menahan banduan yang belum dan yang telah dijatuhi hukuman penjara.


2. SEKOLAH HENRY GURNEY (SHG)Untuk menahan penghuni berusia antara 14 hingga bawah 21 tahun yang ditahan di bawah Perintah Mahkamah Juvana.

3.TEMPAT TAHANAN PERLINDUNGAN (TTP)- Untuk menahan orang tahanan yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

4. PUSAT PEMULIHAN AKHLAK (PPA)- Untuk menahan orang tahanan yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam Dan Mencegah Jenayah) 1969 dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

5. BANDUAN REMAN-  Terdiri daripada orang yang ditahan di penjara sementara menunggu untuk dibicarakan.


TAHANAN MAHKAMAH RENDAH (TMR)
Mereka yang ditahan sementara atas Perintah Mahkamah Rendah.
TAHANAN MAHKAMAH SESYEN (TMS)
Mereka yang ditahan sementara atas Perintah Mahkamah Sesyen.
TAHANAN MAHKAMAH TINGGI (TMT)
Mereka yang ditahan sementara atas Perintah Mahkamah Tinggi.

6. BANDUAN JATUH HUKUM- Terdiri daripada banduan yang telah disabitkan kesalahan oleh pihak mahkamah.

Hukuman lama
Ertinya seseorang banduan yang dihukum penjara bagi suatu tempoh atau yang melebihi enam bulan atau bagi tempoh berturut-turut yang jumlahnya ialah atau melebihi enam bulan.
Hukuman Singkat
Ertinya seseorang banduan yang dihukum penjara bagi suatu tempoh kurang daripada enam bulan atau bagi tempoh berturut-turut yang jumlahnya kurang daripada enam bulan.
Banduan Pertama Kali
Ertinya seseorang banduan yang pertama kali disabitkan dan dimasukkan ke dalam penjara.
Banduan Berulang Kali
Terdiri daripada banduan sabitan yang telah berulangkali masuk penjara
Banduan Muda
Terdiri daripada banduan yang berumur kurang daripada 21 tahun yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah
Banduan Dadah
Terdiri daripada banduan yang telah disabitkan kesalahan kerana terlibat dengan kes-kes dadah oleh pihak mahkamah.

7. BUDAK NAKAL (JUVANA)- Terdiri daripada mereka yang berumur antara 14 hingga 18 tahun yang telah disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Juvana dan mereka ini ditempatkan di Sekolah Henry Gurney.

8. ORANG TAHANAN (OT)- Terdiri daripada mereka yang ditahan di bawah perintah Tahanan oleh pihak berkuasa (Menteri Dalam Negeri):

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.
Mereka ini ditahan di Tempat Tahanan Perlindungan.
Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969.
Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969.
Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.
Mereka ini ditempatkan di Pusat Pemulihan Akhlak.

9. BANDUAN DAGANG (BD)- Adalah warganegara asing yang ditahan di penjara sementara menunggu pengusiran pulang ke negara asal mereka. Mereka terdiri daripada banduan yang telah tamat menjalani hukuman penjara dan juga mereka yang ditahan terus di penjara di bawah Akta Imigresen.

10. BANDUAN AKHIR (BA)- Banduan yang dikelaskan sebagai banduan risiko tinggi dan terdiri daripada mereka yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah.

11. HUKUMAN SEUMUR HAYAT- Banduan yang menjalani hukuman sepanjang hayat mereka dan tiada tarikh bebas

12. HUKUMAN SEUMUR HIDUP- Banduan yang dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun

13. TAHANAN LIMPAH SULTAN/GABENOR/YANG DI-PERTUAN AGONG

Banduan yang boleh dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah tetapi tidak dijatuhkan hukuman mati atas sebab banduan tersebut masih di bawah umur (juvana) atau ditakrifkan oleh pihak perubatan sebagai orang yang tidak siuman. Mereka ini tidak mempunyai tarikh bebas dan pembebasannya hanya melalui pengampunan oleh Sultan/Gabenor/Yang di-Pertuan Agong termasuk banduan gila yang ditahan di rumah sakit jiwa atas limpah Sultan/Gabenor/Yang di-Pertuan Agong.








mati2 aku pikir penjara seumur hidup tu penjara sampai mampus...rupa2nye bkn....

Sumber: Jabatan Penjara Malaysia





13 comments:

  1. informasi yang bgos :)

    ingat kau tahu tulis yang mengarot je.

    ReplyDelete
  2. jgn sampai ko plak aku campak masuk penjara..

    ReplyDelete
  3. rasa insaf jap baca pasal ni... hehehe

    ReplyDelete
  4. Baca Kat wiki kata penjara seumur hidup, penjara sampai mati, yg mana betul ni

    ReplyDelete
  5. penjara seumur hidup ni masih ada peluang utk dilepaskan atau diampunkan oleh Raja atau Agong , tapi kalau tak ada pengampunan maka seumur hiduplah dia dalam tu ,
    penjara sepanjang hayat ni memang jenis tadak ampun punya , tiada tarikh bebas ..tiada peluang utk minta ampun dengan Agong , bermakna hidup dan mati dalam penjara tu la , selagi bernafas selagi tulah dalam penjara , ko bosan ke boring tahap cipan sekalipun duduklah dalam tu

    ReplyDelete
  6. Seorang banduan reman warga asing menunggu hari perbicaraannya telah dipindahkan ke Fagans lokap balai daerah lain atas sebab lokap tahanan mula2 dia ddaftarkan telah penuh dgn tahanan reman lain..Dan terpaksa dpindahkan. .men jadi persoalannya d sini..knape. .hnya dia seorang shj yg dpindah kn. ..? Lagipun. .tuduhan terhadap OKT belum d sabit ksalahannya. .

    ReplyDelete
  7. OKT warga asing itu mempunyai 2 pertuduHan. .pertama kes Rompak..Dimana OKT tidak bersalah oleh krn tiada sbrg buktI yg dpt dkemukakan utk mendakwa OKT itu..setelah itu..tempoh tahanan OKT itu telah dlanjutkn dgn tuduhan yg kedua iaitu kes samun&rompak..Dan sdg d reman d tahanan berlainan daerah

    ReplyDelete
  8. Tahanan warga asing..yg mempunyai passport perjlnan sah dan belum lg tamat tempoh

    ReplyDelete
  9. Tahanan warga asing..yg mempunyai passport perjlnan sah dan belum lg tamat tempoh

    ReplyDelete
  10. Tahanan warga asing..yg mempunyai passport perjlnan sah dan belum lg tamat tempoh

    ReplyDelete
  11. Tahanan warga asing..yg mempunyai passport perjlnan sah dan belum lg tamat tempoh

    ReplyDelete
  12. Tahanan warga asing..yg mempunyai passport perjlnan sah dan belum lg tamat tempoh

    ReplyDelete
  13. Tahanan warga asing..yg mempunyai passport perjlnan sah dan belum lg tamat tempoh

    ReplyDelete