Wednesday 21 September 2011

Rahsia Angkatan Tentera Malaysia

copy from blog giler kentang...
jom layan....








1 – Percaya atau tidak jika dikatakan Komando2 Malaysia diberi tugas sebagai QSR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera NATO dalam perang BOSNIA? Suatu ketika pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika.. Diharapkan informasi ini dapat dikaji dan dikongsi bersama….hal ini dan diperakui oleh tentera2 asing dan mengelarkan pasukan yang datang untuk garisan mati.

2 – ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang Berjaya mengekang komunisme? Percaya atau tidak?
3 – VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL…percaya atau tidak?


4 – Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang paling terbaik dalam dunia…percaya atau tidak? Pada 1988 seorang perisik KGB ditangkap iaitu Siddiq Ghouse kerana merisik Malaysia? Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah,KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas2 lain tanpa mengambil masa yang lama.


5 – ATM dianggap pakar modified dan pakar intergrasi oleh negara luar, sebagai contoh MiG29N Malaysia satu2nya pesawat tempur jenis itu yang memiliki peluru berpandu, dan rangking pertama hingga 22 pemandu pesawat tempur adalam anggota TUDM walau hanya menggunakan pesawat buruk tersebut! ATM juga telah mengubah suai SU-30KMM Malaysia menjadi lebih baik daripada pesawat tempur terbaik dunia iaitu SU-30MKI milik Tentera India !…ATM juga mengubah suai SCORPHENE menjadi lebih senyap dan paling efisen dalam seluruk kapal selam milik angkatan tentera seluruh dunia! Bahkan percaya atau tidak jika dikatakan kapal kontena sumbangan MISC kepada ATM di ubah suai menjadi kapal serba guna dan kini ia berkhidmat dalam OPS FAJAR mengawal perairan Eden!


6 – Sebelum pasukan elit MARINIR (tentera laut Indonesia ) berjaya “TAWAN” Singapura…..pada 1980an pasukan komando udara Malaysia HANDAU telah menerobos pangkalan peluru berpandu udara milik tentera singapura yang terletajk di BUKIT BATUK! Paling diingati pada kes itu Komando Malaysia meletakkan bendera MALAYSIA .!


7 – Pada lewat 1980an, sekumpulan tentera singapura ditangkap oleh askar wataniah Malaysia kerana cuba memasang radar di sebuah bukit yang terletak di johor. Tindakan ini dibalas Malaysia apabila dilimbungan kering dan basah singapura kerap berlaku letupan sabotaj yang menjejas pelancaran ekonomi Negara itu.


8 – Percaya atau tidak ? Indonesia risau apabila RELA ditubuhkan dan diperbesarjkan? Ini kerana mereka tahu adanya pasukan bantuan khas dalam RELA. Ini mengingatkan pada bantahan singapura sewaktu penubuhan Pasukan Terjun Payung (briged para)


9 – Percaya atau tidak perisik dan anggota elit ATM dan PDRM,apabila bersara dikehendaki melaporkan diri di balai polis bagi waktu dan masa yang ditetapkan? Mereka juga sukar unytuk memohon passport atau visa ke luar Negara.


10 – Semua anggota elit komando Malaysia (ATM) dilarang memakai motorcar ber”clutch”percaya atau tidak?


11 – Percaya atau tidak panggilan “cikgu” digunakan oleh anggota polis merujuk pada anggota ATM?


12 – ATM menjadi rebutan amerika dan Britain.Namun ATM memilih Britain kerana ikatan persahabatan yang kian lama terjalin, namun tahukah anda ATM telah menubuhkan sekolah ketenteraan FORT BENNINGS ? Disini diperkatakan tentera terhebat adalah SAS (Britain), diikuti Malaysia (ATM) dan amerika US ARMY. Percaya atau tidak?


13 – Indonesia pernah mengutuk angkatan tentera Malaysia kerana sewaktu latihan , anggota tentera Malaysia membawa resin makanan! Namun ia dibalas Malaysia apabila sewaktu gempa bumi PADANG, makanan yang dihulurkan Malaysia adalah resin tersebut! Makanan inilah yang dikatakan expired padahal mereka kalah malu pada Malaysia.


14 – Bagi menghina Malaysia, Indonesia segaja mengajar angkatan tentera Kemboja. Tapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menerobos kem tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api !ini amt memalukan mereka….percaya atau tidak?


15 – Pasukan elit pertama Malaysia merupakan Sarawak Rangers dan ini merupakan pasukan paling awal sebagi pasukan elit dari negara2 rantau ini. Percaya atau tidak?


16 – Indonesia selalu mengutuk ATM sebagai scotboy merujuk pada perkhidmatan KOR ADAT ISTIADAT ATM yang bertugas di istana BUCKINGHAM bersama sama pasulan ROYAL AND BLUES BRITAIN, sebenarnya Indonesia dan negara yang kononnya melayu malu apabila kemelayuan tetap ditonjolkan dalam apa sahaja tentang Malaysia . Percaya atau tidak?


17 – Indonesia mendapat aib di Lubnan apabila dua anggota tenteranya lari apabila dikejar pasukan elit Israel iaitu briged kfir, setakat ini kontinjen2 negara PBB yang datangnya dari negara2 melayu dan terkenal adalah MALBATT(disertai angkatan tentera diraja brunei) yang terbukti dalam misi Bosnia dan Mogadishu




            : http://www.gilerkentang.com/rahsia-angkatan-tentera-malaysia/

Friday 16 September 2011

Insomnia

assalammualaikum...
ye...akhirnya....malaslah nak mention...haha....
ok2....
entry ni dibuat pada pukul 5 pagi....
argh...ngantuk yang amat....
selalu aku tido dalam pukul 7 pagi...dan bangun dalam pukul 2 ptg....
sori pagi and tengahari,saya x jumpa awak...haha...
kat kampus pun cmni jugak la...
tido pukul 4 pg...bangun entah sampai langgar kelas pukul 8...
sebab tu hampir2 kena surat...nasib baik lecturer faham masalah aku....
maybe aku ni da terkena penyakit insomnia....
nak tahu ape tu insomnia?
ni sumber dari wikipedia...



Insomnia (or sleeplessness) is most often defined by an individual's report of sleeping difficulties.[1] While the term is sometimes used in sleep literature to describe a disorder demonstrated by polysomnographic evidence of disturbed sleep, insomnia is often defined as a positive response to either of two questions: "Do you experience difficulty sleeping?" or "Do you have difficulty falling or staying asleep?"


faham x?google translate plisssss....
senang citer camni la...
susah nak tidur....
bahasa2 doktor yang saintifik sangat ni bukan aku paham...=.='
so, aku rasa memang x de ubat...kena jumpa pakar mental...kot...



*getting sleepy...nite!

Tuesday 13 September 2011

Kisah seram di wad ICU



Salah sebuah katil di wad ICU sebuah hospital swasta kerap kali mengalami kejadian yang amat pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan di katil tersebut pasti akan meninggal pada waktu pagi setiap hari jumaat tidak kira umur, jantina mahu pun tahap kesihatan mereka.



Perkara ini membuatkan doktor di hospital tersebut menjadi binggung dan sungguh pelik. Lalu mereka memutuskan untuk memantau katil tersebut dengan meletakkan sebuah CCTV di dinding yang berhampiran dengan katil tersebut.



Hari yang di tunggu-tunggu pun tiba. Pada hari jumaat yang berikutnya, semua doktor yang terlibat sudah bersiap sedia untuk melihat dan mencari punca sebenar kejadian pelik yang berlaku di wad ICU hospital tersebut.



Tepat jam sembilan pagi, pintu bilik wad ICU tersebut di buka dan kelihatan makcik Halimah Jongang, seorang cleaner sambilan memasuki wad ICU tersebut untuk membersihkan wad seperti biasa.



Makcik Halimah Jongang adalah seorang cleaner sambilan yang bekerja di hospital tersebut pada setiap hari jumaat, sabtu dan juga ahad. Mengikut jadual yang telah di tetapkan, makcik Halimah Jongang akan membersihkan wad ICU tersebut pada setiap hari jumaat.



Seperti biasa, beliau memasuki wad tersebut dan menghampiri katil keramat yang sering kali meragut nyawa setiap kali hari jumaat menjelma. Lalu dia mencabut plug alat bantuan pernafasan pesakit tersebut danmenggantikannya dengan plug vakum cleanernya….



hahahahaha.....'' zasssss,layannnnnnnnn~~

Kematian Kamal Ataturk

Assalammualaikum...
harini aku nak kongsikan kisah yang menarik dan menjadi pengajaran untuk kita semua...
citer ni pun aku copy from someone....
so,meh kita baca....





Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.



Dosa Mustafa Kemal

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah: 1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung

3. Penyakit darah tinggi

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliaupengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulamaTurkimemandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Monday 12 September 2011

Janda Tanpa Seutas Benang





Salmah seorang janda yang mempunyai anak perempuan tunggal berusia 6 tahun, sejak kematian suaminya,kehidupannya tidak terurus, makan minum pakai tidak menentu sehingga anak perempuannya tidak berbaju adakalanya.

Sedang seronok anaknya bermain pasir ,(mcm biasa x pakai pape). Kebetulan Usop, seorang duda kaya di kampung itu lalu dihadapan rumah Salmah.

Usop: oi budak mana baju??ei.. malu…mak mana? Nah2.. RM 20. Suruh mak beli baju tau!!

Anak Salmah pulang dan mencrita segalanya sambil menghulur wang RM 20, salmah sungguh terkejut dan seronok..(xpasal2 dapat RM 20).. 

Salmah: hurmm kalau aku xpakai pape, mesti dapat RM200..hehe(suke)..

Waktu yang ditunggu, Salmah menunggu usop lalu,dirinya sudah pun tidak berpakaian dgn harapan Usop akan memberinya wang yang banyak..5 minit pastu Usop pun lalu..


Usop: fuuuuyyyyo!! Mana baju kamu? Nampak p%#*$t kamu tu..oh x sanggup aku,..dirimu begitu x terurus..
dengan nada sedih + geram melihat Salmah yang xpakai pape tu.. lalu...

Usop: nah rm 0.20... 

Salmah: eh 20 sen je??

Usop: duit tu buat beli pisau cukur!!!









*copy from someone....

Sejarah Separuh Masa Pertama Bola Sepak




Saintis sukan dan pemain-pemain tidak dpt memberikan jawapan yang tepat, kenapa masa perlawanan bola sepak adalah selama 45 minit dan bukannya 30 minit atau 1 jam dlm separuh masa pertama.

Apabila diajukan dalam forum sukan itu tiada jawapan tepat diterima. Cuma ada seorang peserta yang dapat memberikan jawapan yg logikdan diterima akal walaupun kurang tepat.

Lelaki itu menjawab: “sebab mengapa bola sepak dimainkan selama 45 minit ialah... cuba anda fikir.. terdapat dua pasukan dalam setiap perlawanan. Ada 11 pemain setiap pasukan. Setiap pemain mempunyai ‘2 biji bola’ dan masing2 membawanya setiap masa semasa bermain diatas padang.

“jadi, jumlah keseluruhan kesemua ‘bola untuk semua pasukan adalah 44 biji bola. Terdapat sebiji bola yang digunakan di dalam perlawanan. Oleh itu, jumlah keseluruhan masa yang diberi adalah 45 minit. Tidak boleh lebih, tidak boleh kurang!”

Persoalan itu terjawab!

Ulasan juri: tetapi, kadang2 ada masa tambahan selama 2 minit...itu disebabkan terdapatnya ‘bola referee’!

Sunday 11 September 2011

Aku dan adobe


Assalammualaikum readers semua....
ramai orang yg x reti guna adobe photoshop ni....
sebab terlalu complicated...
aku sendiri pun kadang2 pening nak pakai adobe ni...
lama2 da reti la sikit2...
lagipun baru 1 bulan aku belajar...
yang aku reti buat kat photoshop ni macam poster,banner,hdr toning,curves,layer...
yang ni semua basic....
kebanyakan gambar aku edit pakai photoshop...kadang2 campur dengan photoscape baru lawa....
assignment aku sem ni banyak guna multimedia...so, kena la belajar sikit2 cara photoshop...
cakap banyak pun x guna...jom tgk gambar2 yang aku edit sendiri...


using brightness and contrast


using brightness and contrast


using adobe + photoscape


adobe high key portrait


Adobe hdr toning=high key portrait





yg kat bawah ni plak poster + banner yg aku buat sendiri untuk assignment 202 aku...





 kat atas ni fevret aku...drawing competition...













itu jek...thanx...

Friday 9 September 2011

Topup RM 10.60




Assalammualaikum....
wow...kerajaan da umumkan yang cukai perkhidmatan untuk semua topup dan pek permulaan naik...
aish...aku ok jek....
yelah...da aku ni jenis topup 2 bulan sekali....
kalau nk contact member2 pun pki fb jek....






apa reaksi remaja bila dengar pengumuman ni??
haha...gelak besar la aku.....
macam2 la diorang buat nak bantah kenaikan ni....
siap ada page...yang like sampai 20,000++.....
nak femes cepat?cara gini jek la...create page yang best2...haha
aku pelik betul la...menggelabah sgt diorang...
hidup nak senang jek...memang x la kan....
ko buat la page tu sampai yang like naik 2 juta pun....memang orang2 kaya kat atas sana tu x kan cover cukai tu...
sebelum ni, cukai perkhidmatan 5% sahaja....ini semua ditanggung oleh telco....
bila da naik 1%, diorang da x nak tanggung....so, yang kita kena bayar cuma 1% sahaja la...xde la sampai 5%...
yang kfc, mcd,pizza yang korg makan pun ada cukai 5% ni jgk...kita kena tanggung...x da sape komplen pun...
hidup nak senang jek...bila nak berjaya....memang x la kan....
kalau kerajaan x naikkan cukai ni....nanti diorang terpaksa menambah hutang...yelah,sebab sekarang makin ramai orang pakai henset....so, caj perkhidmatan akan naik jugak...
malaysia negara sedang membangun...macam berniaga jugak....kalau berniaga baru nak besarkan...mesti la banyak pakai duit....macam tu jugak dengan kerajaan....


nasihat aku...
just terima jek hakikat bahawa perkhidmatan semakin lama semakin menaik....
korg jgk yang mintak gaji dinaikkan...so,diorang naikkan la cukai dulu....baru boleh naikkan gaji....
baru sekarang korg akan hargai betapa pentingnya duit yang sen ni kat diri korg....
syukur la dengan apa yang ada....
:)

Al-Fatihah Buat Mereka..


Assalammualaikum....
teramat rindu rasanya pada mereka....
apa boleh buat,Allah S.W.T lebih sayang diorang...
aku x boleh tahan....
bukan kuasa aku...
ketentuanNYA....

Razlee...member aku masa aku zaman skolah rendah dulu...
walaupun dia umur atas aku...tapi dia mmg ok dgn aku...selalu jek gadoh...
tp kalau ptg2 konfem main sama2....
pegi skolah naik bas and kereta pun sme2...
mse aku form 1, aku da pindah....
mse form 2...
dia pergi buat selamanya....
eksiden kereta....
aku dapat berita ni pun pas seminggu dia meninggal....
first time member aku meninggal....
sedih yang teramat...


Najib...
member aku dari form 1....
meninggal masa aku da start keje part time...
dia seorang yang kelakar...mmg bes gila...
dia la yg selalu ajak aku mandi laut...
sampai aku hitam cam dia da....
dia meninggal sebab eksiden motor....
kat senggarang,batu pahat...
aku dapat berita ni masa aku tengah keje....
tgh2 nk closing...tetibe member aku text kata dia da meninggal....
aku buntu time tu...x tahu nk buat ape...aku call member2 aku...tanya macam2 kat diorang...
pagi tu aku terus call manager nak mintak cuti....
padahal hari ahad, kena pakai ramai orang...
tapi manager kasik jugak cuti kt aku....
kasik 3 hari supaya aku dapat tenangkan perasaan aku...
first2 aku terus pegi rumah muezz...member rapat aku kat sne...aku nk gerak saing dengan dia pergi pengkebumian...
tapi aku terlambat cuma beberapa minit...
sampai2 jek diorang da tengah baca talkin...
sedih sebab x dapat tengok muka arwah buat kali terakhir....
then, aku terus pergi tempat dia kena langgar...
byk darah kat jalan lagi...dengan serpihan motor dia yang hancur...
x dapat aku bayangkan camne rupa dia masa tu....
Alfatihah buat ko najib....

Mamat...
kenal kat tempat kerja...
dia la orang yang paling banyak tolong aku....
x kira masa kerja ataupun kat luar...
dia jugak yang selalu ajar aku masa keje...tolong2 aku...ape yang aku x reti,dia yang buatkan....
kalau kat luar mmg everynight la aku lepak dengan dia....
dia ni seorang yang memang teramat rajin kalau kerja dengan cari duit....
dia pun sama,meninggal sebab eksiden kat highway kawasan seremban...
time tu dia pergi sepang sbb nk tgk moto gp....
10.10.10
tarikh dia pergi buat selamanya....
time ni aku baru jek balik ke kampus...sok ye ade kelas...presentation...
malam tu pulak ada party wing...memang seronok habis...
dalam pukul 1 pg...kakak aku msg...cakap dia da x da...aku tanya la sebab ape...eksiden...
aku rasa nak balik sangat time tu....nak tgk dia kali terakhir...
esok ada present, memang aku x boleh balik la cmni....aku x tahu nak buat ape lg...
sok pulak aku call member keje aku kat sana...
masa tu da hari isnin....
mak aku x kasik balik...mak aku suruh teruskan jek study kat sne....
sok ye pulak...aku saje2 nak beli paper...
tetiba terkeluar pulak berita pasal arwah...
siap ada gambar...dalam gambar dia tunjuk kepala sampai terpusing ke belakang....
teruk memang teruk...
al-fatihah buat ko mat.......

sekalung al-fatihah buat mereka....


amin.....

p/s:  hargai mereka yang masih hidup..sebab esok lusa belum tentu korg akan dapat bertemu lagi....luangkan masa yang sebaiknya bersama mereka....

Thursday 1 September 2011

Aku dan Politik

assalammualaikum....
mintak maaf la ye bz sikit pasal raya ni...
bz dengan assignment yang x pernah siap...haha...
ok,serius sikit kali ni....
minta maaf awal2 kalau ada yang x sependapat dengan aku...
aku just bg pendapat jek k.....
think positive...
lagi 1,aku ni x sokong mana2 pihak...aku orang tengah sebagai pemerhati sahaja...



seperti semua orang tahu....
4 parti yang terbesar kt negara ni BN,PKR,DAP dan PAS...
PKR,DAP dan PAS bergabung membentuk Pakatan Rakyat untuk menentang BN yang menjadi kerajaan sekarang ni...
so, macam2 cara la yang pihak pembangkang akan buat untuk menjatuhkan BN...dengan apa cara sekalipun....
macam mana diorang nak sebarkan aktiviti diorang dan fitnah diorang?
diorang akan pilih cara yang paling mudah dan selalu baca...
biasanya diorang akan tulis dekat blog,fb website sendiri...
macam2 la....
yang BN pulak akan mempertahankan diri diorang menggunakan media massa yang kebanyakannye menyokong diorang sendiri...
maka berita tersebut akan menjadi lain dari cerita sebenar....
sampai semua rakyat pun x tahu mana 1 cerita yang betul....
masing2 nak serang dan tutup malu sendiri...padahal cerita sebenar lain dari ape yang diceritakan....
ni la masalah sebenar orang melayu...sentiasa ada yang mendengki dengan kejayaan orang lain....
mereka ini pemikiran kelas ketiga...x layak nak duduk malaysia ni....
rakyat kena ingat, orang politik ni mulut jek manis...kerja x jalan jugak....
kerja kalau jalan pun biasanya masa nak dekat2 pilihanraya...
time ni la pihak kerajaan akan sibuk buat macam2 cara untuk mengambil hati pengundi diorang...
buatkan jalan la,umum projek mega la,turunkan harga minyak dan tol...
yang pihak pembangkang pulak akan menabur janji manis diorang untuk rakyat masa ceramah ataupun di blog...
ada yang kata nak bagi air free la, turunkan harga minyak, kurangkan cukai, kebajikan rakyat la...
INI SEMUA PENIPU!!
yang rakyat pun bangang jugak pergi percaya dan menjadi terlalu taksub dengan parti2 sebegini...
sebagai contoh, kalau si A ni taksub dengan parti pembangkang, dia x akan sesekali percaya apa yang dicakapkan oleh parti pemerintah....padahal kadang2 ape yang diucapkan oleh pemerintah betul,dia tetap akan berfikir secara negatif dan akan menuduh bukan2...bila time pembangkang pulak ucap something,dia dengan rasa bangga dan hormatnya akan menyokong segala benda yang keluar dari mulut diorang,padahal kebanyakannya penipu...sebab dia berfikir secara positif apabila diorang berucap atau memberi ceramah...
kadang2 kelakar jugak tengok orang politik ni bergaduh....sampai nak mogok la,perhimpunan la, macam2 la...
kesian orang melayu,pergi membuang masa dengan menyertai perhimpunan haram...bangsa lain x de la sampai terlalu obses nak pergi sana pun....



buat masa ni, strategi pembangkang adalah untuk menghasut REMAJA,PELAJAR UNIVERSITI,GURU,ORANG KAMPUNG DAN ARTIS untuk join diorang....
opkos la...diorang ni banyak pengaruh yang kuat....
apa entah pangkat artis ni sampai boleh bagi2 ceramah....tahap ustaz ke ape?kalau setakat nak ceritakan pengalaman, better x payah...
aku tahu, sebab cikgu aku dulu orang pembangkang jugak, macam2 fitnah dia dulu buat sampai aku pun berbulu dengan dia...padahal sepatutnya tugas dia sebagai seorang guru adalah mengajar,bukan menyebarkan fitnah....korg bayangkan la...belajar sepatutnya dalam jadual cuma 1 jam, dia buat 5 minit mengajar, bakinya dia bersembang dalam kelas pasal politik....kan x bagus tu...siap dia fitnah polis macam2 lagi...bapak aku polis,dia sape nak cakap macam tu??malaikat???nabi???padahal dia baru balik umrah, perangai makin teruk...

budak2 U sekarang pun da pandai berpolitik....wah,hebat korg....belajar pun belum habis lagi...
da pandai nak berpolitik...punya la korg sanjung korg punya pemimpin yang x kemana tu...cium dan jilatlah tapak kaki dia...kata korg ni setia kan?
laksanakan tugas korg sebagai sorang pelajar dulu...x payah sibuk2 nak berpolitik sana sini....kerja pun belum tentu korg ada kan?
nanti time korg susah nanti,ada x pemimpin korg sanjung datang nak tolong korg??mimpi je la wei....diorang x pandang pun orang bawah ni...kalau pandang pun sebelah mata jek.....siap buat wallpaper tuk laptop lagi...haha...kena gelak jek dengan aku....
 

lagi kesian aku dengan orang kampung....diorang ni kuat terpengaruh...yela,salesman jual benda mengarut2 pun diorang nak beli...kesian punya pasal....lagi la bila orang politik ni datang kampung...memang habis 1 kampung dia tipu...nak buatkan jalan baru,jambatan baru,nak betulkan rumah....diorang memang la betulkan...tapi bila diorang nak dekat pilihanraya jek la...haha....baru terhegeh-hegeh nak kotakan semua janji...cukup2 la lakonan korg semua....adoyai....

remaja, ni jenis yang penganggur lagi aku benci....
da la x de kerja, habiskan duit mak bapak jek...
siap nak berpolitik lagi....gila hebat korg....korg punya parti politik siap bagi upah ke?haha...kena pijak jek la korg ni...pergi la belajar dulu or kerja...baru la ko nak berpolitik ke,ape ke,itu ko punya suka...da ada duit baru la orang boleh pandang ko...


1 benda jek la aku nak nasihatkan untuk korg semua...itu pun kalau korg nak dengar la...yela,aku ni sape la korg nak dengar nasihatkan....
kalau korg dapat 1 berita yang keluar dari mana2 pihak,cuba korg selidik dan dengar dari dua-dua belah pihak dulu...kalau korg dgr 1 pihak jek...memang la lain ceritanya....lagi 1,politik ni menghancurkan umat islam dan kaum melayu sendiri....sendiri nampak,sendiri judge...
korg da besar kan?da boleh fikir sendiri....



p/s: INI ADALAH PENDAPAT PENULIS SECARA PERIBADI....INGATLAH,POLITIK MALAYSIA X KEMANA,SELAIN MEMECAHBELAHKAN RAKYAT SENDIRI...