Thursday 1 September 2011

Aku dan Politik

assalammualaikum....
mintak maaf la ye bz sikit pasal raya ni...
bz dengan assignment yang x pernah siap...haha...
ok,serius sikit kali ni....
minta maaf awal2 kalau ada yang x sependapat dengan aku...
aku just bg pendapat jek k.....
think positive...
lagi 1,aku ni x sokong mana2 pihak...aku orang tengah sebagai pemerhati sahaja...



seperti semua orang tahu....
4 parti yang terbesar kt negara ni BN,PKR,DAP dan PAS...
PKR,DAP dan PAS bergabung membentuk Pakatan Rakyat untuk menentang BN yang menjadi kerajaan sekarang ni...
so, macam2 cara la yang pihak pembangkang akan buat untuk menjatuhkan BN...dengan apa cara sekalipun....
macam mana diorang nak sebarkan aktiviti diorang dan fitnah diorang?
diorang akan pilih cara yang paling mudah dan selalu baca...
biasanya diorang akan tulis dekat blog,fb website sendiri...
macam2 la....
yang BN pulak akan mempertahankan diri diorang menggunakan media massa yang kebanyakannye menyokong diorang sendiri...
maka berita tersebut akan menjadi lain dari cerita sebenar....
sampai semua rakyat pun x tahu mana 1 cerita yang betul....
masing2 nak serang dan tutup malu sendiri...padahal cerita sebenar lain dari ape yang diceritakan....
ni la masalah sebenar orang melayu...sentiasa ada yang mendengki dengan kejayaan orang lain....
mereka ini pemikiran kelas ketiga...x layak nak duduk malaysia ni....
rakyat kena ingat, orang politik ni mulut jek manis...kerja x jalan jugak....
kerja kalau jalan pun biasanya masa nak dekat2 pilihanraya...
time ni la pihak kerajaan akan sibuk buat macam2 cara untuk mengambil hati pengundi diorang...
buatkan jalan la,umum projek mega la,turunkan harga minyak dan tol...
yang pihak pembangkang pulak akan menabur janji manis diorang untuk rakyat masa ceramah ataupun di blog...
ada yang kata nak bagi air free la, turunkan harga minyak, kurangkan cukai, kebajikan rakyat la...
INI SEMUA PENIPU!!
yang rakyat pun bangang jugak pergi percaya dan menjadi terlalu taksub dengan parti2 sebegini...
sebagai contoh, kalau si A ni taksub dengan parti pembangkang, dia x akan sesekali percaya apa yang dicakapkan oleh parti pemerintah....padahal kadang2 ape yang diucapkan oleh pemerintah betul,dia tetap akan berfikir secara negatif dan akan menuduh bukan2...bila time pembangkang pulak ucap something,dia dengan rasa bangga dan hormatnya akan menyokong segala benda yang keluar dari mulut diorang,padahal kebanyakannya penipu...sebab dia berfikir secara positif apabila diorang berucap atau memberi ceramah...
kadang2 kelakar jugak tengok orang politik ni bergaduh....sampai nak mogok la,perhimpunan la, macam2 la...
kesian orang melayu,pergi membuang masa dengan menyertai perhimpunan haram...bangsa lain x de la sampai terlalu obses nak pergi sana pun....



buat masa ni, strategi pembangkang adalah untuk menghasut REMAJA,PELAJAR UNIVERSITI,GURU,ORANG KAMPUNG DAN ARTIS untuk join diorang....
opkos la...diorang ni banyak pengaruh yang kuat....
apa entah pangkat artis ni sampai boleh bagi2 ceramah....tahap ustaz ke ape?kalau setakat nak ceritakan pengalaman, better x payah...
aku tahu, sebab cikgu aku dulu orang pembangkang jugak, macam2 fitnah dia dulu buat sampai aku pun berbulu dengan dia...padahal sepatutnya tugas dia sebagai seorang guru adalah mengajar,bukan menyebarkan fitnah....korg bayangkan la...belajar sepatutnya dalam jadual cuma 1 jam, dia buat 5 minit mengajar, bakinya dia bersembang dalam kelas pasal politik....kan x bagus tu...siap dia fitnah polis macam2 lagi...bapak aku polis,dia sape nak cakap macam tu??malaikat???nabi???padahal dia baru balik umrah, perangai makin teruk...

budak2 U sekarang pun da pandai berpolitik....wah,hebat korg....belajar pun belum habis lagi...
da pandai nak berpolitik...punya la korg sanjung korg punya pemimpin yang x kemana tu...cium dan jilatlah tapak kaki dia...kata korg ni setia kan?
laksanakan tugas korg sebagai sorang pelajar dulu...x payah sibuk2 nak berpolitik sana sini....kerja pun belum tentu korg ada kan?
nanti time korg susah nanti,ada x pemimpin korg sanjung datang nak tolong korg??mimpi je la wei....diorang x pandang pun orang bawah ni...kalau pandang pun sebelah mata jek.....siap buat wallpaper tuk laptop lagi...haha...kena gelak jek dengan aku....
 

lagi kesian aku dengan orang kampung....diorang ni kuat terpengaruh...yela,salesman jual benda mengarut2 pun diorang nak beli...kesian punya pasal....lagi la bila orang politik ni datang kampung...memang habis 1 kampung dia tipu...nak buatkan jalan baru,jambatan baru,nak betulkan rumah....diorang memang la betulkan...tapi bila diorang nak dekat pilihanraya jek la...haha....baru terhegeh-hegeh nak kotakan semua janji...cukup2 la lakonan korg semua....adoyai....

remaja, ni jenis yang penganggur lagi aku benci....
da la x de kerja, habiskan duit mak bapak jek...
siap nak berpolitik lagi....gila hebat korg....korg punya parti politik siap bagi upah ke?haha...kena pijak jek la korg ni...pergi la belajar dulu or kerja...baru la ko nak berpolitik ke,ape ke,itu ko punya suka...da ada duit baru la orang boleh pandang ko...


1 benda jek la aku nak nasihatkan untuk korg semua...itu pun kalau korg nak dengar la...yela,aku ni sape la korg nak dengar nasihatkan....
kalau korg dapat 1 berita yang keluar dari mana2 pihak,cuba korg selidik dan dengar dari dua-dua belah pihak dulu...kalau korg dgr 1 pihak jek...memang la lain ceritanya....lagi 1,politik ni menghancurkan umat islam dan kaum melayu sendiri....sendiri nampak,sendiri judge...
korg da besar kan?da boleh fikir sendiri....



p/s: INI ADALAH PENDAPAT PENULIS SECARA PERIBADI....INGATLAH,POLITIK MALAYSIA X KEMANA,SELAIN MEMECAHBELAHKAN RAKYAT SENDIRI...

12 comments:

  1. betul tu daus,,, tp betulkan sikit,,, POLITIK DEMOKRASI yang menghancurkan umat Islam dan yg lain... sbb tu nnt nk kiamat, sistem khilafah naik... so, kite ni perlulah tergolong dlm golongan yg mmperjuangkan ke arah khilafah...

    tp xde kn sistem tu lg...so skunk just btolkan diri,, dlm hati menidakkan sistem demokrasi ni... kte xbole nak tros demonstrasi ataupun tros menyerang,,,xkan mjadi...
    bdasarkan ap yg aku blaja r...

    aku pun fedup dgn politik malaysia... ape2 pun btollah ape yg ko tulis kt atas ney,,,haha

    ReplyDelete
  2. Aku sokong tulisan kau. Memang terbaik!!!!! Memang ini yang terlintas di fikiran aku selama ini.

    Masalah dengan politik di Malaysia ini, terlalu ramai orang pesimis dan ekstremis. Sampai tidak tahu nak berfikir dengan waras, kerjanya menghentam satu sama lain sahaja...

    Tidak kira pembangkang atau kerajaan, masing-masing sama sahaja. Tapi jangan kita lupa, ''Nobody's perfect even ourselves''. Jadi, ntuk menentukan masa depan dan hala tuju negara kita... kita semua memiliki kunci ke arah itu. Apa dia? Kuasa mengundi di tangan kita. Nak pilih siapa? Pilih yang terbaik walaupun ade yg buruk, pilih selepas buat penilaian yang teliti.

    Seruan saya pada rakyat malaysia, terutamanya 'political activist' dan 'Silent Malaysian'... kita haruslah menunaikan tanggungjawab kita kepada negara Malaysia, iaitu mengundi. Kalau anda seperti golongan dibawah, tetapi tidak mendaftar sebagai pengundi:-

    Silent Malaysian-duduk diam sahaja di rumah, tidak ambil tahu mengenai isu politik semasa... anda tidak bertanggungjawab.

    Political activist-Kuat berpolitik sebagai penyokong 'hardcore', tapi kuasa menentukan kerajaan pun tiada. Serupa tin kosong

    Akhir kata, akal dikurniakan Allah kepada kita untuk berfikir. Oleh itu gunakanlah untuk menilai dan berfikir secara waras, bukan hentam keromo sahaja tanpa.

    Sekian

    ReplyDelete
  3. Saya benci orang-orang yang berfikiran pesimis dan ekstremis didalam politik.

    Empunya blog ini memang sudah membuat kajian yang benar-benar terperinci, bukan menulis ikut suka hati.

    kepada saudara muezz@bla2
    sistem khilafah memang perlu dihidupkan semula, kita semualah pendokong dan penyokongnya nanti.

    Tapi harus diingat, ianya haruslah melalui jalan yang betul. Bukan melalui demonstrasi jalanan, bukan melalui rampasan kuasa.

    ReplyDelete
  4. saudara muezz....
    aku sokong...sebab sistem demokrasi ni telah dicipta oleh orang bukan islam...dengan harapan dapat menghancurkan umat islam sendiri...sebab itu bila zaman turki uthmaniah naik,mereka yahudi dan kristian teramat takut dengan kerajaan ni...sampai berperang dan akhirnya mereka tewas...dan dengan itu kerajaan demokrasi akhinya naik...akhirnya kerajaan khalifah dilupakan...
    kalau kita igt zaman taliban di afghanistan dulu..mereka telah menjalankan hukum hudud sepenuhnya..ketika itu,hampir TIADA sesiapa yang berani melanggar perintah ALLAH S.W.T. ini kerana hukuman hudud adalah tegas dan bertujuan untuk memberi pengajaran untuk orang lain,bukan untuk pesalah...inilah punca sebenar amerika menyerang afghanistan,bukan kerana minyak,osama,atau tanah tersebut...tetapi kerana kepimpinan di negara tersebut yang amat tegas dan berdisiplin,x de sesiapa yang berani melawan pemimpin...amerika takut sistem taliban ini naik dan digunakan oleh semua negara islam dan islam menjadi kuat..

    saudara anonymous 1st....
    ye saya sokong,sebenarnya pemikiran pengundi la yang mencorak undian mereka...jika mereka berfikiran positif terhadap sebelah pihak.,maka pihak tersebut la mereka akan undi...masalah utama sekarang rakyat malaysia ni terlalu mudah beri simpati dan percaya dengan segala janji yang diberikan...lagipun saya ini belum cukup umur untuk mengundi...insyallah jika tiba masa saya mengundi nanti,mereka semua akan berubah dan memberi persaingan yang cukup sihat....

    saudara anonymous 2nd...
    terima kasih kerana memberi komen...
    ye,mmg benar saya da membuat kajian yang benar2 terperinci...saya membaca dari artikel,surat khabar dan blog dari kedua-dua belah pihak sahaja...bukan dari 1 pihak sahaja...sehingga entry ini ditulis mengambil masa selama 6 jam....demonstrasi jalanan sahaja tidak akan menyelesaikan masalah ini...mereka di pihak pembangkang dan pemerintah perlulah duduk semeja berbincang masalah negara,bukan bergaduh untuk kepentingan diri sendiri...
    saya tidak mahu malaysia ini menjadi negara seperti thailand,mesir,bahrain,atau libya yang berada dalam kekacauan hanya kerana gila kuasa dan politik...malaysia sebuah negara yang aman,jgn hanya kerana politik,maruah negara tercemar...x dpt saya bayangkan apa yang akan jadi jika negara malaysia yang tercinta dan aman ini menjadi seperti negara2 tersebut...

    bagi pendapat saya,setiap cara politik seperti demokrasi atau khalifah mempunyai kelebihan masing2...kita sudah digelakkan oleh amerika yang melihat politik malaysia dalam keadaan kacau bilau...dengan mudah 1 hari nanti mereka akan merampas negara malaysia ini...

    hanya 1 cara sahaja yang telah saya fikir dapat
    menstabilkan semula politik di malaysia ini...
    dengan menghidupkan semula sistem beraja di malaysia...pada zaman dulu,mana ada rakyat yang berani menentang sultan?sesiapa sahaja yang menjadi penentang akan dicop sebagai penderhaka x kira apa pangkat sekalipun,akan dihukum pancung...
    lastly,kita sebagai rakyat malaysia yang ingin mendengar kisah2 politik ini,perlulah mendengar dari kedua2 belah pihak,bukan dari 1 pihak sahaja...dan selidik berita tersebut...


    terima kasih....

    ReplyDelete
  5. kalam:setuju2... apa yang dilontarkan lebih kurang sama apa yang berada dalm fikiranku selama ini... yang baek jdikan ikutan yang buruk jdkan sempadan...

    ReplyDelete
  6. arrrgghhhh......konpiuz3........
    cer admin tlis pasal ISU KEMERDEKAAN bru2 ni???
    logik ker nk ubah SEJARAH KEMERDEKAAN???

    ReplyDelete
  7. saya suka la blog awak, saya nk jadi peminat no satu awak. boleh kn. mana awak dpt idea ni?

    ReplyDelete
  8. kalau awak ada blog Qam, mungkin saya minat anda juga.hehe

    ReplyDelete
  9. terbaik!!!!!!

    fuck semua!!!!!

    ReplyDelete